oouhhh teringat pulak yang aku nie dah lama sangat tak pergi tengok wayang.. mcm2 movie best pun xmenyompettt den nak poie..
Last pergi layan Movie cerita OLA BOLAAA.. tu yang aku ingat .. accited sangat nak tengok sebab pelakon2 diaa.. meltinggg ok.. hahaha.. yorlah selalu layan BOLA kat rumah atau stadium jeaa.. kali nie kita layan lar pulak movie an.. hehe .. Cerita nie yang seronok nya Semangat Sepasukan walaupun berlainan Bangsa dan Agama.. Kalau aku tgok byk2 kali pun xrasa bosan lar.. tp tak tahu lar kalau orang lain.. Lantakkk demee lar pun.. hehe . Ayat yg selalu dorang ckp utk team dorang.. kita menang sama-sama.. kita kalah sama-sama..
Filem "Ola Bola" memaparkan semangat juang pemain bola sepak negara yang pernah mengharumkan nama Malaysia apabila layak ke Sukan Olimpik Moscow, Rusia pada 1980.
![]() |
Antara Pemain-pemain bola sepak dalam Cerita ini |
SINOPSIS OLA BOLA....
Filem menarik ini diambil daripada kisah benar mengenai semangat juang pasukan bola sepak Malaysia untuk bangkit daripada kekecewaan, sekaligus muncul sebagai WIRA NEGARA. Kehilangan Tauke yang mengundur diri gara-gara masalah kewangan menyukarkan skuad itu, namun segala rintangan dapat diatasi dengan kehadiran ribuan peminat yg tak jemu-jemu menyokong skuad negara di stadium ketika berdepan lawan yg jauh lebih kuat waktu itu.
Filem ini menampilkan pelakon spt Bront Palarae serta penampilan istimewa oleh Frankie Lee. OlaBola turut dibarisi pelakon baru yg bakat menyinar seperti JC Chee, Luqman Hafidz, Saran Kumar & Marianne Tan. Apa yg menarik ianya akan menggunakan pelbagai bahasa iaitu Bahasa Melayu, Tamil, Inggeris, Mandarin, Kantonis dan juga Hokkien..
Penghasilan OlaBola turut menggunakan khidmat Proffesional dlm bidang Khusus teknikal seperti pakar kesan khas visual dari Argentina dan turut menggunakan sinematografi udara terbaik dari Australia.
No comments:
Post a Comment