Friday, 24 June 2016

BeNcI

Kebencian merupakan satu emosi yang sangat kuat dan melambangkan ketidakpuasan hati pada seseorang, permusuhan, atau kata lain membenci pada seseorang, sekeliling, atau fenomena. Hal ini juga merupakan sebuah keinginan untuk menghindari, menghancurkan atau menghilangkannya dari pelusuk hati sendiri. 

Kadang-kadang rasa benci atau tidak suka kepada orang merupakan sesuatu hal pada setiap individu. Ini disebabkan oleh orang sekeliling ataupun pihak lain yang menghasut untuk membenci pada seseorang itu. Bila kita ada sifat benci muncul lagi satu sifat yang semua orang merasai nya iaitu DENDAM.. "Dendam" adalah sangat berbahaya kerana ia boleh melakukan perkara yang di luar jangkaan kita.. Jadi kita harus menjaga perasaan orang sekeliling kita supaya mereka tidak merasakan yang kita membenci nya.. Memang selalu kalau bergaduh dengan kawan-kawan ataupun kawan pejabat , seringkali orang tua menasihati supaya 'Biar lar orang membenci kita tetapi kita jangan membenci orang' . Ada sesetengah orang yang lemah dia hanya mampu berdiam sahaja , melihat perilaku atau orang yang melakukan kesalahan kepada nya. Tapiii.. jangan fikir mereka senyap atau diam mereka tak boleh balas dendam..?? Ini adalah golongan orang yang perlu kita berhati-hati untuk berkawan . Tak mustahil dia bole buat perkara yang lagi teruk daripada org yang normal. 



 Saya bukan nak buka aib sesiapa tetapi ingin menceritakan kisah seorang sahabat saya. Dia terlalu mempercaya kan kekasih hati nya sampai sanggup membuat apa saja demi kekasih hati nya bahagia.. bolehh.. kita sayang an seseorang .. tetapi kita yang kena pandai menilai baik buruk orang tu sendiri kan..  memang orang kata waktu bercinta semua nya indah belakaa.. mana yang buruk tu semua tak nampak.. kalau nampak pun.. buat-buat xtahu jeaa.. sampai satu tahap mereka berpisah atas sebab-sebab tertentu.. mereka menjalinkan hubungan cinta yang agak lama dari zaman belajar.. tapi disebabkan perempuan tu xtahan dengan sikap si lelaki dia mintak putus.. alarrr.. biasa lar tu cinta monyet.. hehe.. kita tak tahu jodoh kita sape an.. konon nyaa nak pertahankan cinta yang bertahun-tahun tu.. tapi kalau Allah dah takdirkan jodoh kita bukan dgn dia.. so bersabar lar.. dan mungkin ada hikmah di sebalik itu..


Nak di jadikan cerita.. selepas kawan sy putus dgn kekasih hati .. tak lama tu nampak perubahan dekat kawan sy.. hari demi hari nampak dia terlalu lemah & cepat letih.. dia pergi hospital swasta mahupun kerajaan.. tetapi doktor memaklumkan yang dia tak ada sakit apa-apa pun.. jadi pelik kat situ.. so lepas tu cuba lar untuk perubatan tradisional .. sekali berubat.. xde nampak apa-apa lagi.. dan seterusnya pergi mencari perubatan traditional yang lain.. baru lar ustaz nie kata kwn saya nie terkena buatan orang.. terkejut kami waktu tu.. bila di terangkan oleh ustaz tu yang membuat kwn saya sampai sakit begitu adalah bekas kekasih hati nya.. Ya Allah.. punya lar dia berdendam sampai ke tahap yang macam tue sekali.. patut lar kawan saya pernah cerita.. yang ex dia kata 'kalau aku tak dapat kau.. orang lain pun tak mungkin akan dapat kau' .. dia akan buat kawan sy merana sampai bila-bila.. kami memang kesian kat dia.. tapi bila orang dah benci atau dendam dekat seseorang dia akan lakukan apa sajaa.. Betul kata orang tua-tua.. ' kalau suka pada seseorang.. jangan main kan hati & perasaan nya.. kita tak tahu baik buruk orang tuu.. memang rambut semua hitam..tapi hati takde siapa yang tahu' ..  ayat tu lar yang selalu saya dengar ..
Dan kini, Alhamdulilah .. kawan saya sudah sihat seperti biasa & kami berharap dia tak kan diperlakukan sebegitu lagi dari mana-mana lelaki. selalu lar berdoa untuk di jauhkan dari apa jua perbuatan syirik yang manusia lakukan.. 



Orang yang hebat adalah orang yang mampu mengendalikan emosinya walaupun sedang dizalimi oleh orang yang dibencinya.






















No comments:

Post a Comment