Kali nie baru berkesempatan nak update blog.. Ya Allah.. minggu lepas sebelum cuti raya memang busy dan terlupa nak update.. maaf yea Sir.. hehe.. arghh maklum lar pikir nak balik kg jea .. sampai terlupa.. hehe.. tp bukan faktor usia yeaa.. harap sir maafkan saya.. Selamat Hari Raya Sir Azzwan.. hihi..
Di sebabkan aku nie terlalu banyak masalah dengan kawan-kawan.. jadi kali nie saya nak buat sikit perbezaan SAHABAT @ KAWAN .. ???
kalau nak di ikutkan cerita nya.. saya bukan lar seorang yang sombong .. malahan pula peramah.. tapiii.. orang yang peramah macam saya nie lar ramai musuh kot.. hmmm :-(
Sebab nyaaa... ade faktor lain org nak benci... marah.. & tak suka kat aku.. xpe lar.. tak boleh nak paksa kawan untuk suka kat kita kan.. hmmm
Sejujur nya dari kecik sampai besar memang saya pergi ke mana jeaa.. ada yang tak suka saya.. tak tahu lar pasal apa.. nak kata jeles pasal kaya.. aku tak kayaa harta tp kaya dengan budi n senyuman.. nak kata cantikk tu.. ade lar sikit.. hehe.. ehh.. tak tahu lar manusia nie.. tak faham aku kadang-kadang tu.. pada mula sekolah tadika tu memang kita tak faham apa tu maksud kawan.. apa tu maksud sahabat.. yang kita tahu hanya enjoy n gelak-gelak jeaa waktu kanak-kanak dulu.. then naik ke sekolah rendah pun sama.. ramai jeaa kawan waktu suka.. waktu sedih.. waktu nak main.. waktu belajar.. tp tu semua hanya lar kawan.. bukan lar sahabat..
Sahabat adalah teman sehidup semati kot yeaa.. tu yang aku faham lar.. yang jenis sanggup bersusah payah dalam apa pun.. tapi bila pikir-pikir xde pun.. hmm.. sedihhh.. tapi nak jugak explain pasal benda nie.. hehe.. Sahabat yang baik adalah sahabat yang memahami dalam apa jua.. tak kira waktu kita senang mahupun susah.. yang selalu memberi pendapat dan pandangan yang terbaik untuk kita sebabnya tidak sanggup melihat sahabat nya sedih.. kawan macam nie lar susah nak cari weyhh...
Sahabat umpama 1000 orang kawan. Kawan pula adalah seorang yang akan datang dan pergi dalam hidup seseorang. Bila kita gembira atau ketawa kegembiraan.. kawan akan muncul di sisi untuk sama-sama meraikan kegembiraan...tapi bila kita sedih dan terluka... kawan datang bertanya khabar sahaja lepas tu berlari meninggalkan kita keseorangan....
TAK semua kawan boleh jadi RAKAN,
TAK semua rakan boleh jadi TEMAN,
TAK semua teman boleh jadi SAHABAT,
jadi kalau anda punya SAHABAT, TOLONG HARGAI KEHADIRAN MEREKA DI SISI ANDA.......
Apa yang penting bila kita berkawan atau bersahabat kita perlu ikhlas dan jujur dalam perhubungan.. jangan hanya mengharap kawan atau sahabat sahaja yang jujur dan ikhlas tapi kita pun kena ikhlas dan jangan ada simpan cemburu pada kawan atau sahabat kita. Setiap orang punya kelebihan dan kekurangan..
Tanya pada diri! ”ADAKAH SAYA ATAU ANDA, TERGOLONG DALAM KATEGORI SAHABAT ATAU KAWAN?”
Jika anda dalam kategori sahabat, Alangkah beruntungnya saya menjadi sahabat anda, Beruntung nya saya mendapat nasihat yang berguna dari anda, Maka kesimpulannya berusahalah untuk menjadi sahabat yang baik, Sahabat yang bersahabat kerana Allah, Sahabat yang sama2 erat berpegang kepada tali persaudaraan ,
Contohilah bagaimana sahabat2 dizaman RASULLULLAH SAW.. Itulah yang dinamakan SAHABAT. Sayangi sahabat dan kawan kita..
No comments:
Post a Comment