Assalammualaikum...
Kali nie nak share resepi untuk Juadah Berbuka Puasa .. Tak lama jeaa lagi semua umat islam Menyambut kedatangan Ramadhan .. Semestinya setiap ibu-ibu memikirkan pelbagai juadah untuk hidangan Berbuka.. Resepi nie paling simple dan ringkas untuk dibuat..
SELAMAT MENCUBAAAA.....
 |
ROTI SARDIN
Bahan-bahannya:-
8 keping roti putih (saya guna gardenia)
2 biji telur (pecahkan dan pukul sedikit)
secawan bread crump
Minyak untuk mengoreng
Bahan inti sardin
1 tin sederhana sardin
1/4 biji bawang besar, dihiris nipis
1 ulas bawang merah, dihiris nipis
2 ulas cili padi, dihiris nipis (kuantiti,
terpulang kepada anda)
1 biji limau nipis (ambil air perahan sahaja)
sedikit gula
sedikit garam
Bahan pelekat:
2 sudu makan tepung gandum
sedikit air (satukan kedua-dua bahan ini sehingga
menjadi bancuhan sederhana pekat)
Cara-caranya:-
Sediakan inti sardin.
Keluarkan ketulan ikan
sardin (ketepikan kuahnya) masukkan dalam bekas, masukkan semua bahan yang
dihiris, masukkan garam dan gula.
Gaul rata dan tekan-tekan ikan sardin supaya
ia menjadi ketulan kecil. Masukkan limau nipis. Ketepikan.
Ambil kepingan roti dan potong sedikit bahagian
tepinya....hanya buang kulit yang keras sahaja.
Letakkan inti ditepi roti dan sapu sedikit bancuhan
tepung dibahagian hujung yang satu lagi. Kemudian gulung.
Celup rata dalam bancuhan telur.
Angkat dan golekkan dalam bread crumb sehingga
semua bahagian bersalut. Ketepikan. Pastikan bahagian sapuan tepung diletakkan
dibahagian bawah supaya roti melekat.
Buat sehingga semua roti habis
Panaskan minyak untuk gorengan penuh dengan api
yang sederhana besar. Biar sehingga minyak betul-betul panas sebelum masukkan
gulungan roti.
Goreng sehingga kekuningan.
|
Toskan dengan kertas tisu masakan
No comments:
Post a Comment