PERUNDINGAN...
Apakah itu Perundingan???
Membawa Erti sebagai satu proses untuk menyelesaikan satu perbezaan melalui pertukaran pendapat yang boleh diterima bersama. Ini disebabkan wujud nya satu konflik, masalah atau perbezaan pendapat, kepentingan & kehendak antara dua belah pihak. Ia merujuk kepada sesebuah organisasi yang tiada kata sepakat dan persetujuan bersama. Perundingan dilakukan apabila kedua-dua belah pihak percaya ianya dapat menghasilkan sesuatu penyelesaian yang terbaik.
Peranan Komunikasi Dalam Perundingan
Perundingan dalam komunikasi adalah penting khususnya dalam soal penjualan. Komunikasi membolehkan kedua-dua belah pihak bertukar maklumat berkaitan harga barang bagi membolehkan kehendak masing-masing dalam soal tawar-menawar. Pembeli saling mempengaruhi penjual dari segi penyampaian cita rasa mereka. Selalu terjadinya apabila seseorang pelanggan ingin membeli barang secara Borong, mereka akan membuat sesi tawar-menawar bagi mendapatkan sesuatu barang yang mereka inginkan. Sesetengah Peniaga akan meletakkan harga murah jika pembeli ingin membeli secara borong, dan secara tidak langsung berlaku lar keuntungan bagi pembeli di situ..
![]() |
Sesi Tawar-Menawar... |
Setuju Atau Tidak..???
Pada
peringkat ini terdapat dua situasi iaitu kedua-dua pihak bersetuju atau tidak
setuju.Sekiranya berlaku persetujuan terhadap apa yang dibincangkan, dan wujudlah satu kestabilan dan proses seterusnya ialah mendapatkan kepastian tentang harga sesuatu barang tersebut. Walaupun begitu, sekiranya masih ada
perkara-perkara
sampingan yang ingin dibincangkan dalam proses perundingan ini boleh
diteruskan lagi.Sebaliknya,sekiranya tiada persetujuan dan
kedua-dua pihak terus berkeras dan bertahan dengan pendirian mereka, kemungkinan besar perbincangan itu menghadapai jalan buntu dan mungkin ada antaranya yang keluar dari kedai tersebut untuk membuat perbandingan harga dengan kedai lain.
No comments:
Post a Comment