Friday, 24 June 2016

BeNcI

Kebencian merupakan satu emosi yang sangat kuat dan melambangkan ketidakpuasan hati pada seseorang, permusuhan, atau kata lain membenci pada seseorang, sekeliling, atau fenomena. Hal ini juga merupakan sebuah keinginan untuk menghindari, menghancurkan atau menghilangkannya dari pelusuk hati sendiri. 

Kadang-kadang rasa benci atau tidak suka kepada orang merupakan sesuatu hal pada setiap individu. Ini disebabkan oleh orang sekeliling ataupun pihak lain yang menghasut untuk membenci pada seseorang itu. Bila kita ada sifat benci muncul lagi satu sifat yang semua orang merasai nya iaitu DENDAM.. "Dendam" adalah sangat berbahaya kerana ia boleh melakukan perkara yang di luar jangkaan kita.. Jadi kita harus menjaga perasaan orang sekeliling kita supaya mereka tidak merasakan yang kita membenci nya.. Memang selalu kalau bergaduh dengan kawan-kawan ataupun kawan pejabat , seringkali orang tua menasihati supaya 'Biar lar orang membenci kita tetapi kita jangan membenci orang' . Ada sesetengah orang yang lemah dia hanya mampu berdiam sahaja , melihat perilaku atau orang yang melakukan kesalahan kepada nya. Tapiii.. jangan fikir mereka senyap atau diam mereka tak boleh balas dendam..?? Ini adalah golongan orang yang perlu kita berhati-hati untuk berkawan . Tak mustahil dia bole buat perkara yang lagi teruk daripada org yang normal. 



 Saya bukan nak buka aib sesiapa tetapi ingin menceritakan kisah seorang sahabat saya. Dia terlalu mempercaya kan kekasih hati nya sampai sanggup membuat apa saja demi kekasih hati nya bahagia.. bolehh.. kita sayang an seseorang .. tetapi kita yang kena pandai menilai baik buruk orang tu sendiri kan..  memang orang kata waktu bercinta semua nya indah belakaa.. mana yang buruk tu semua tak nampak.. kalau nampak pun.. buat-buat xtahu jeaa.. sampai satu tahap mereka berpisah atas sebab-sebab tertentu.. mereka menjalinkan hubungan cinta yang agak lama dari zaman belajar.. tapi disebabkan perempuan tu xtahan dengan sikap si lelaki dia mintak putus.. alarrr.. biasa lar tu cinta monyet.. hehe.. kita tak tahu jodoh kita sape an.. konon nyaa nak pertahankan cinta yang bertahun-tahun tu.. tapi kalau Allah dah takdirkan jodoh kita bukan dgn dia.. so bersabar lar.. dan mungkin ada hikmah di sebalik itu..


Nak di jadikan cerita.. selepas kawan sy putus dgn kekasih hati .. tak lama tu nampak perubahan dekat kawan sy.. hari demi hari nampak dia terlalu lemah & cepat letih.. dia pergi hospital swasta mahupun kerajaan.. tetapi doktor memaklumkan yang dia tak ada sakit apa-apa pun.. jadi pelik kat situ.. so lepas tu cuba lar untuk perubatan tradisional .. sekali berubat.. xde nampak apa-apa lagi.. dan seterusnya pergi mencari perubatan traditional yang lain.. baru lar ustaz nie kata kwn saya nie terkena buatan orang.. terkejut kami waktu tu.. bila di terangkan oleh ustaz tu yang membuat kwn saya sampai sakit begitu adalah bekas kekasih hati nya.. Ya Allah.. punya lar dia berdendam sampai ke tahap yang macam tue sekali.. patut lar kawan saya pernah cerita.. yang ex dia kata 'kalau aku tak dapat kau.. orang lain pun tak mungkin akan dapat kau' .. dia akan buat kawan sy merana sampai bila-bila.. kami memang kesian kat dia.. tapi bila orang dah benci atau dendam dekat seseorang dia akan lakukan apa sajaa.. Betul kata orang tua-tua.. ' kalau suka pada seseorang.. jangan main kan hati & perasaan nya.. kita tak tahu baik buruk orang tuu.. memang rambut semua hitam..tapi hati takde siapa yang tahu' ..  ayat tu lar yang selalu saya dengar ..
Dan kini, Alhamdulilah .. kawan saya sudah sihat seperti biasa & kami berharap dia tak kan diperlakukan sebegitu lagi dari mana-mana lelaki. selalu lar berdoa untuk di jauhkan dari apa jua perbuatan syirik yang manusia lakukan.. 



Orang yang hebat adalah orang yang mampu mengendalikan emosinya walaupun sedang dizalimi oleh orang yang dibencinya.






















Thursday, 16 June 2016

TeKnoLOGi MakLUMaT



DEFINISI TEKNOLOGI MAKLUMAT 








Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat. Maklumat tersebut boleh wujud dalam pelbagai bentuk samada bentuk fizikal contohnya kertas dan buku, bentuk suara, paparan visual, pergerakan atau dalam bit. Perkembangan teknologi maklumat telah mencapai suatu tahap di mana ia mula menampakkan pengaruh tertentu di dalam kehidupan manusia terutamanya penduduk bandar. Pada asalnya, teknologi ini wujud sebagai satu perantaraan untuk mengedarkan pelbagai jenis maklumat untuk tujuan yang berlainan. Contohnya bagi pengiklanan, pemberitahuan, telekomunikasi dan sebagainya.




PENGARUH TEKNOLOGI MAKLUMAT



Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran

Komputer boleh direkabentuk supaya ia dapat membantu pelajar secara individu dan secara berkumpulan. Ini dapat dijalankan dengan menggunakan Arahan Program, pelajar akan diajar mengikut kadar dan tahap yang boleh diterima oleh mereka. Ini adalah penting supaya pelajar tidak tercicir dan putus asa. Merujuk kepada sistem pendidikan konvensional, kesemua pelajar terpaksa mengikuti sistem yang berlangsung tanpa mengambil kira samada mereka dapat mengikuti pelajaran tersebut. Justeru itu, arahan program dapat memberi peluang terutamanya kepada golongan pelajar "lemah" untuk membaiki kelemahan dia.

Dalam arahan program ini, pelajar akan mengikuti langkah-langkah tertentu dalam pembelajaran dia, langkah tersebut akan diteruskan asalkan pelajar dapat memberi jawapan yang sesuai dan boleh diterima. Namun sekiranya jawapan tersebut tidak memuaskan, dia akan dipandu kepada langkah terdahulu dan ditunjukkan bahan rujukan yang berkaitan bagi memperbaiki kelemahan tersebut. Pengajaran sedemikian biasanya tidak dijalankan di dalam kelas yang terdiri daripada ramai pelajar, tambahan pula pelajar Asia yang kurang bertanya akan memburukkan lagi proses pembelajaran pelajar.

Selain itu, pendidikan jarak jauh dibolehkan dengan wujudnya rangkaian pendidikan yang lengkap. Tren semasa semakin menampakkan masa depan pengajaran dengan cara jarak jauh tetapi ini tidak bermakna pendidikan konvensional perlu dihapuskan sama sekali. Sesetengah daripadanya perlu dikekalkan bagi membolehkan pelajar membelajari kemahiran tertentu yang tidak boleh diperolehi melalui teknologi maklumat. Contohnya cara persembahan menggunakan komputer amat berbeza dengan cara konvensional. Namun kita tidak harus bergantung sepenuhnya kepada komputer dan melahirkan golongan yang tidak mampu berinteraksi tanpa komputer.
Justeru itu, sistem pendidikan perlu membekalkan kemahiran interaksi asas pada awal persekolahan dan menggunakan teknologi maklumat pada masa yang sama. Dengan itu, pelajar mempunyai kemahiran lebihan dan pilihan untuk menggunakan teknologi maklumat atau cara konvensional sesuai dengan keadaan tertentu.

Reformasi Sistem Persekolahan

Cara pengajaran konvensional di Amerika Syarikat misalnya memberi kuliah didapati tidak mendatangkan keputusan yang baik. Ini adalah kerana pelajar hanya duduk dan mendengar kuliah tersebut tanpa penyertaan yang menggalakkan. Ini merupakan senario yang kerap di dalam USM sendiri terutamanya dalam kuliah sarjana muda. Walaupun terdapatnya usaha pensyarah untuk menggalakkan penyertaan pelajar namun penyertaan yang diharapkan adalah amat kurang.

Namun dengan wujudnya rangkaian maklumat
yang membolehkan pelajar memberi pandangan dan maklum balas secara rawak dan dengan cepat maka penyertaan tersebut akan mempunyai kadar yang lebih tinggi. Alasan seperti tidak dapat berjumpa dengan pensyarah akan dihapuskan sama sekali memandangkan faktor masa dalam rangkaian maklumat tidak sama dengan masa sebenar. Menurut teori pergerakan ruang, ruang aliran akan menentukan masyarakat rangkaian maklumat. Segala maklumat yang disalurkan merupakan penyebab yang secara kumulatif menjanakan ruang tersebut. Aktiviti menghantar dan menerima maklumat tersebut merupakan tindakan sosial yang dibawa dalam ruang aliran. Asalkan seseorang peka terhadap rangkaian tersebut, segala maklumat dan maklum balas akan dapat disampaikan mahupun diterima.

Selain itu manfaat yang diperolehi kesan daripada penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan. Di dalam sesebuah kelas tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang diajar oleh guru.
 Justeru itu melalui penggunaan teknologi maklumat ini, murid-murid dapat memahami apa yang diajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan teknologi tersebut. 
Contohnya melalui pengunaan alat seperti powerpoint, grafik, audio, video dan sebagainya maka murid-murid akan lebih memahami setiap apa yang di ajar kerana di beri gambaran dan persembahan dan persembahan yang lebih mudah untuk difahami berbanding dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk pengkuliahan. Melalui cara ini setiap masalah yang timbul dapat segera dimaklumkan oleh pelajar kepada guru kerana mereka mudah bertindak balas terhadap sistem yang diajar menggunakan Teknologi Maklumat.


Thursday, 9 June 2016

Pekerjaanku



Kalau nak di ikutkan pekerjaan nie ... rasa nya mcm2 dah aku cuba.. start dari lepas SPM lagi.. time tu kononn lar kan nak belajar cari duit sendiri.. yorlah.. senang .. dah tak payah mengharapkan duit Mak Bapak lagi.. da lar aku nie adik beradik bukan nya sorang dua an.. kangg.. kalau mintak duit belanja lebih-lebih kesian kat ayah aku.. da lar Bapak aku sorang jeaa yg kerja .. Mak Suri Rumah tangga sepenuh masa.. Jadi aku nie nak membantu lar keluarga aku..


Ingat lagi.. masa mula-mula kerja jeaa lepas SPM tu dekat SOGO.. kiranya jadi sales girl lar.. buat partime kat sana.. kawan-kawan mengajak kitaa follow jeaaa.. tp follow ke arah kebaikan xpe.. kann..? mcm biasa lar mula-mula masuk kne briefing utk budak-budak baru.. ok fine.. Management dia mostly memang cina.. pada mula nya.. gigih weyhh cari kerja sampai ke sogo.. lepas tu ada sorang aunty nie mmg nak cari orang sebab xcukup staff .. borak punya borak.. last2 dia ckp 'ok..tomorrow u boleh start kerja yaa... aku pun accited lar time tu.. then dia kata mcm nie.. jgn lupa esok kalau datang kerja masukk jeaa SOGO u tak boleh pakai tudung tau' bila aku dengar dia ckp mcm tu... terus aku cancel.. Gilaaa ke apa.. nak kerja boleh tp xbole pakai tudung.. KENAPA NAK TARIK PERHATIAN ORG KE APEEE..?? hahaha.. bengang pulak aku time tu.. then cuba nasib kat department lain.. Alhamdulilah aku di terima.. Makan setahun lebih jugak lar dekat situ.. lepas tu xlarat dah.. sebab nya kerja nya penat sangat.. lagi-lagi kalau waktu perayaan.. mmg the besstttt lar.. hahaha.. tp yang aku pelik nya an.. shopping mall punya gahhhh mcm tu kan.. surau utk staff mcm kami nie punya lar kecikkk then dekat tingkat atas sekali.. gilaa beza weyhh dgn surau utk coustomer.. Ehh..japp.. aku bukan nak buruk an .. tp pelik lar.. tu jea.. harap aku tak #dikecam.. hahaha



Dulu sebelum aku kena panggil utk pergi Kursus yg mereka sediakan.. aku selalu suka tengok org-org HR dekat situ.. Then tak terpikir lagi.. sehingga lar aku terpilih utk pergi kursus tu.. Baru aku faham seorang HRD (Human Resource Department) nie sebagai apa . punya lar org yg ceramah tu explain mcm-mcm pasal sogo nie.. Ada satu saat tu .. Time kursus tu aku terpikir." kann bagus kalau aku kat tempat dorang" ?? yorlah.. siapa xnak hidup nya lebih baik dari sebelum nie an. kita boleh ubah atas prinsip masing-masing.. lepas tu aku pun apply lar sambung belajar peringkat Diploma.. dekat situ aku mohon utk belajar bahagian HR. so now i officially graduate of HUMAN RESOURCES MANAGEMENT. Alhamdulilah hampir 3 tahun aku belajar dalam bidang HR. Kita belajar sebab minat bukan paksaan.. sebab kwn-kwn aku dulu asal lecturer tanya KENAPA BELAJAR HR?? dorang jawab atas paksaan keluarga.. hadoiii..xpe lar.. benda da lepas .. hehe



Tamat jeaa belajar.. time tu aku pun hampir setahun jadi penggangur terhormat..haha.. tak boleh rasa kalau duduk saja mcm tu jea kan.. so kita apply jea mana-mana kerja .. 
Kalau nak di cerita kan .. meleret pasal pekerjaan aku nie .. sian sir nak baca.. hehe.. Maaf yaa.. hihi

Dipendekan cerita sekarang sy bekerja di salah sebuah syarikat GLC (Goverment Link Company) iaitu di Ibu Pejabat FELCRA BERHAD, Wisma Felcra yang terletak di Wangsa Maju.. Alhamdulilah bulan 8 nie genap 2 Tahun bekerja di sini. 

Pada mulanya, cuba nasib jeaa dekat company nie sebab orang kata memang susah kalau nak masuk.. sedangkan nak praktikal pun kena datang untuk interview.. nie kan pulak bekerja.. Tu nama nya rezeki ada di mana-mana.. saya masuk sini tak melalui orang dalam.. hantar resume macam biasa then terpilih utk di panggilan interview.. masa interview tu .. mmg rasa terkejut sangat sebab termasuk saya dalam 100 lebih org utk hadir ke interview tersebut.. sekali dapat tahu hanya 45 orang sahaja yang terpilih ..
Alhamdulilah aku salah sorang.. dan kini masih berkhidmat lagi.. pada mula nya, memang aku apply sebagai kerani pentadbiran.. sebab kekosongan time tu guna SPM.. so tak kisah sangat .. asal an dapat kerja.. 1st day jeaa lapor diri aku dapat tahu yang budak-budak ada kelayakan Diploma mereka ambik untuk jadi P.A (Personal Assistant). Balik tu menangis weyhhh.. sebab tak nak jadi PA.. dan tak nak jaga2 boss nie.. bukan nya apa an.. sebab nanti everything berkaitan boss PA kena ambik tahu.. so mula-mula ingat kalau PA nie boss garang-garang.. Alhamdulilah boss aku OK.. Boss aku memang request PA yang background Setiausaha. tapi bila tanya kat aku.. aku jawab lar yang saya memang tak ada pengalaman jadi PA..Then boss pun bagi lar sedikit ceramah yg positive kat aku.. so that aku tak de lar terlampau memikir kan position yang ada sekarang nie.. Semua orang ingat masuk kerja syarikat kerajaan nie kira senang lar.. mmg lar senang kalau kau bertahan dgn org sekeliling.. Tahun pertama masuk jeaa dah macam-macam aku tempuh.. Dat's normal.. Lumrah pekerjaan kata kan.. bak kata kakak-kakak yang lain.. 'Dikk.. dorang tu orang lama.. apa pun dengar jeaa ckp mkcik-makcik tu..kita nie org baru so tak boleh nak menjawab sangat..' so aku ingat jeaa lar pesanan dorang.. tapi kalau bab-bab makcikk yang kepochii nie.. hadoiiiii.. tak tahu nak cakap apa.. kang dok cerita pasal makcik-makcik nie lagi panjang aku nak taip.. hehe.. takpe .. time bulan puasa nie malas nak berceloteh.. buat dosa kering jea karang.. hehe.. klh.. TQ sir .. 

F.A.M.I.L.Y








Kali nie nak bercerita tentang Peranan Seorang Anak dalam Keluarga

Peranan Anak dalam keluarga adalah pelengkap kebahagiaan, bagaimana tidak dari mulai saat anak menangis ketika dilahirkan anak sudah memberikan kebahagiaan kepada Orang tuanya, ketika anak sudah mulai  mengucapkan sepatah dua kata, anak sudah memberikan kebahagiaan untuk Orang tuanya, ketika anak sudah mulai berjalan, ketika anak sudah mulai sekolah, ketika anak sudah mulai remaja bahkan ketika anak hendak menikahpun semuanya memberikan kebahagiaan kepada Orang Tuanya. Inilah makna dari Peranan Anak dalam keluarga iaitu sebagai pelengkap kebahagiaan Orang tuanya.



  Ketika anak mulai memasuki usia remaja, seringkali anak mulai mengemukakan pendapatnya dalam keluarga yang kadang kala pendapatnya bertentangan dengan pendapat Orang tuanya, disinilah peranan seorang Ayah dan Ibu diperlukan dalam membimbing anaknya agar tetap memahami peranannya dalam keluarga supaya tetap menyeimbangkan keadaan dalam keluarganya. Disinilah peranan orang tua untuk membimbing supaya anak tetap berada dalam posisinya dalam keluarga. Tanamkan selalu sikap terbuka dan menerima semua pendapat baik dari Ayah, Ibu dan Anaknya untuk kemudian diambil keputusan yang terbaik untuk semua anggota keluarga.




 Peranan Anak dalam keluarga adalah
  Anak yang Soleh dan solihah adalah kebanggaan Orang tua, semua orang tua menginginkan Anak yang Soleh, disinilah baru peranan Anak dimulai, jika sedari dulu ia di asuh diberi kasih sayang oleh Orang tuanya maka setelah beranjak dewasa mulailah sang Anak untuk berbalik memberikan kasih sayang untuk Orang tuanya walaupun kita tahu Kasih Sayang mereka tidak akan terbalaskan dengan apapun. Tahukah kamu bahawa dengan menjadi anak yang taat kepada orang tuanya saja itu sudah membuat Orang tua sangat gembira, seorang Anak tidak harus memberikan Wang atau apa pun yang diperlukan oleh Orang tuanya kecuali jika si Anak mampu memberikannya kebahagian dan meluangkan masa, cukup bagi mereka bahagia.

Ketika anak mulai hendak berkeluarga adalah kebahagiaan terbesar bagi Orang tuanya, disinilah hasil dari didikan Orang tuanya yang boleh dilihat, bagaimana si Anak menjalankan rumah tangganya, bagaimana si anak mendidik anak anaknya, dan bagaimana si anak tetap memberikan kasih sayang pada Orang tuanya. 
Ketika anak mulai hendak berkeluarga adalah kebahagiaan terbesar bagi Orang tuanya, disinilah hasil dari didikan Orang tuanya yang dilihat, bagaimana si Anak menjalankan rumah tangganya, bagaimana si anak mendidik anak anaknya, dan bagaimana si anak tetap memberikan kasih sayang pada Orang tuanya.





M.O.V.I.E

Rasa lama pulak  tak update blog nie.. maaf lar Sir.Azzwan saya busy sikit lately nie.. hehe
oouhhh teringat pulak yang aku nie dah lama sangat tak pergi tengok wayang.. mcm2 movie best pun xmenyompettt den nak poie.. 

Last pergi layan Movie cerita OLA BOLAAA.. tu yang aku ingat .. accited sangat nak tengok sebab pelakon2 diaa.. meltinggg ok.. hahaha.. yorlah selalu layan BOLA kat rumah atau stadium jeaa.. kali nie kita layan lar pulak movie an.. hehe .. Cerita nie yang seronok nya Semangat Sepasukan walaupun berlainan Bangsa dan Agama.. Kalau aku tgok byk2 kali pun xrasa bosan lar.. tp tak tahu lar kalau orang lain.. Lantakkk demee lar pun.. hehe . Ayat yg selalu dorang ckp utk team dorang.. kita menang sama-sama.. kita kalah sama-sama.. 


Filem "Ola Bola" memaparkan semangat juang pemain bola sepak negara yang pernah mengharumkan nama Malaysia apabila layak ke Sukan Olimpik Moscow, Rusia pada 1980.


Antara Pemain-pemain bola sepak dalam Cerita ini


SINOPSIS OLA BOLA....

Filem menarik ini diambil daripada kisah benar mengenai semangat juang pasukan bola sepak Malaysia untuk bangkit daripada kekecewaan, sekaligus muncul sebagai WIRA NEGARA. Kehilangan Tauke yang mengundur diri gara-gara masalah kewangan menyukarkan skuad itu, namun segala rintangan dapat diatasi dengan kehadiran ribuan peminat yg tak jemu-jemu menyokong skuad negara di stadium ketika berdepan lawan yg jauh lebih kuat waktu itu.

Filem ini menampilkan pelakon spt Bront Palarae serta penampilan istimewa oleh Frankie Lee. OlaBola turut dibarisi pelakon baru yg bakat menyinar seperti JC Chee, Luqman Hafidz, Saran Kumar & Marianne Tan. Apa yg menarik ianya akan menggunakan pelbagai bahasa iaitu Bahasa Melayu, Tamil, Inggeris, Mandarin, Kantonis dan juga Hokkien.. 

Penghasilan OlaBola turut menggunakan khidmat Proffesional dlm bidang Khusus teknikal seperti pakar kesan khas visual dari Argentina dan turut menggunakan sinematografi udara terbaik dari Australia.