Thursday, 26 May 2016

MAKANAN





Assalammualaikum...

Kali nie nak share resepi untuk Juadah Berbuka Puasa .. Tak lama jeaa lagi semua umat islam Menyambut kedatangan Ramadhan .. Semestinya setiap ibu-ibu memikirkan pelbagai juadah untuk hidangan Berbuka..  Resepi nie paling simple dan ringkas untuk dibuat.. 

SELAMAT MENCUBAAAA.....
ROTI SARDIN


Bahan-bahannya:-

8 keping roti putih (saya guna gardenia)

2 biji telur (pecahkan dan pukul sedikit)

secawan bread crump

Minyak untuk mengoreng

Bahan inti sardin

1 tin sederhana sardin

1/4 biji bawang besar, dihiris nipis

1 ulas bawang merah, dihiris nipis

2 ulas cili padi, dihiris nipis (kuantiti, terpulang kepada anda)

1 biji limau nipis (ambil air perahan sahaja)

sedikit gula

sedikit garam



Bahan pelekat:

2 sudu makan tepung gandum

sedikit air (satukan kedua-dua bahan ini sehingga menjadi bancuhan sederhana pekat)




Cara-caranya:-

Sediakan inti sardin.

Keluarkan ketulan ikan sardin (ketepikan kuahnya) masukkan dalam bekas, masukkan semua bahan yang dihiris, masukkan garam dan gula. 

Gaul rata dan tekan-tekan ikan sardin supaya ia menjadi ketulan kecil. Masukkan limau nipis. Ketepikan.

Ambil kepingan roti dan potong sedikit bahagian tepinya....hanya buang kulit yang keras sahaja.

Letakkan inti ditepi roti dan sapu sedikit bancuhan tepung dibahagian hujung yang satu lagi. Kemudian gulung.

Celup rata dalam bancuhan telur.

Angkat dan golekkan dalam bread crumb sehingga semua bahagian bersalut. Ketepikan. Pastikan bahagian sapuan tepung diletakkan dibahagian bawah supaya roti melekat.

Buat sehingga semua roti habis

Panaskan minyak untuk gorengan penuh dengan api yang sederhana besar. Biar sehingga minyak betul-betul panas sebelum masukkan gulungan roti.

Goreng sehingga kekuningan.
Toskan dengan kertas tisu masakan


Wednesday, 25 May 2016

J.O.D.O.H




13 Amalan Rahsia Mempercepatkan Jodoh

Kali nie saya tak de nak bercerita sangat pasal diri saya .. tetapi just want to share RAHSIA MEMPERCEPATKAN JODOH... tidak harus menyerah ataupun pasrah dengan apa yang berlaku pada setiap individu, tetapi kita harus berusaha dan cuba untuk mencari mana yang terbaik untuk diri kita Sendiri.. Tak salah.. kalau kita memilih.. tetapi JANGAN terlalu memilih sangat sampai satu tahap yang orang lain akan berkata-kata tentang diri kita.. Jadi ini adalah salah satu rahsia untuk kawan-kawan semua.. INSHAALLAH akan dipermudahkan setiap apa yang kita lakukan.. Aminnn...

1. Jaga Solat di Awal Waktu

Seringkali terdetik di hati kita, bilakah tibanya jodoh kita. Oh lambatnya. Tapi ada tak kita terfikir, saat azan kedengaran, adakah kita masih leka dengan urusan dunia? Kita inginkan jodoh kita segera bertandang, namun dalam masa yang sama, kita terlupa untuk bersegera menyahut panggilan-Nya di saat Dia memandang.

2. Betulkan Niat Perkahwinan

Mungkin ada yang berkahwin adalah semata-mata kerana nafsu dan tuntutan keduniaan yang lain. Ada juga kerana harta. Namun, apakah sebenarnya tujuan kita berkahwin?
Niatlah bahawa kita berkahwin adalah untuk mendapat redha Allah semata-mata kerana-Nya. Untuk dapat kasih sayang Allah, cinta Allah. Sia-sia hidup kita jika tidak mendapat redha Allah. Itulah sebenarnya matlamat hidup kita.

3. Baca Surah Yaasin Setiap Pagi

Surah Yaasin merupakan hati atau jantung al-Quran. Biasanya surah Yaasin kerap dibaca pada malam Jumaat atau ketika melawat orang sakit atau yang meninggal dunia. Namun, surah ini jika diamalkan setiap hari, banyak manfaat yang bakal kita dapat.
Allah akan mudahkan segala urusan hati itu. Yang tiada jalan keluar pun Allah akan permudahkan. InsyaAllah.

4. Baca Surah al-Waqiah Setiap Malam
Amalan surah al-Waqiah akan memberikan kekayaan serta rezeki yang melimpah ruah termasuklah jodoh. Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya:
“Siapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.”Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.

5. Berterus-terang

Ada sahaja dalam kalangan kita sudah berkenan kepada seseorang, namun hasrat itu dipendam sahaja. Akhirnya, si dia dimiliki orang lain. Menyesal pun tiada guna. Jika sudah ada pilihan hati, teruskan melangkah.
Yang lelaki, terus terang sajalah kepada keluarga si perempuan. Hantar rombongan merisik. Jika dialah orangnya, maka bersegeralah untuk berkahwin.
Yang perempuan pun boleh saja memulakan langkah walau mungkin akan dikatakan perigi mencari timba. Namun, perlu melalui perantaraan atau orang tengah juga. Selebihnya serahkan saja pada Allah. Jika tak berjaya, ingatlah bahawa ada yang lebih baik Allah sediakan untuk kita.

6. Jaga Ibu Bapa Dengan Baik

Redha Allah terletak pada redha ibu bapa kita. Sementara mereka masih ada, berkhidmatlah kepada mereka sehabis baik. Layan dan jaga mereka dengan penuh kasih sayang.
Dan yang paling penting ialah doa mereka. Pasti kita semua tahu, doa ibu bapa tiada hijab di sisi Allah. Saat kita sentiasa berbakti kepada mereka, dan mereka bahagia serta redha dengan kita, saat itulah doa kita mungkin dimakbulkan Allah. Bagitahu saja yang kita ingin berkahwin dan mintalah mereka untuk doakan kita yang terbaik. InsyaAllah akan dipermudahkan segalanya.

7. Jangan Terlalu Memilih

Kadang-kadang sikap terlalu memilih yang sempurna juga melambatkan jodoh kita untuk datang. Ada yang sudah dirisik oleh calon yang sesuai dan dia bersedia untuk terus menikah, namun ditolak disebabkan faktor-faktor tertentu.
Jodoh kita sebenarnya cerminan diri kita. Masing-masing ada kelemahan dan kekuatan tersendiri. Asalkan agamanya dan akhlaknya baik dan mereka datang dari keluarga yang baik-baik, itu sudah cukup untuk dijadikan pilihan.

8. Cari Kebaikan Orang Lain

Kita semua tiada apa-apa kerana semuanya milik Allah. Jauhi sikap memandang rendah kepada orang lain dan berbangga dengan apa yang kita ada. Kita semua sama. Allah boleh beri dan ambil bila-bila masa yang Dia mahukan.
Cari kebaikan semua orang dan cari silap diri sendiri. Dengan memandang dan melayan sesiapa sahaja dengan kebaikan, maka yang akan datang semula kepada kita ialah kebaikan juga. Konsep jodoh juga begitu.

9. Tahajjud Setiap Malam

Bangunlah di sepertiga malam. Jika tidak mampu, cukup sekadar dua rakaat. Beberapa minit sebelum Subuh masih sempat untuk kita amalkan. Itu juga sudah dikira sebagai tahajjud. Dan berdoalah. Doalah apa saja.
Allah sayang hamba-Nya yang sentiasa bertahajjud dan meminta doa kepada-Nya. Di saat insan lain terlena, kita bangun dan beibadah kepada-Nya. Dan cubalah untuk menangis setiap kali kita bertahajjud. Dengan izin Allah, doa kita sangat makbul saat kita berserah segalanya dan merayu kepada-Nya.

10. Maafkan Semua Orang

Maafkan semua orang dan minta maaf kepada mereka walaupun kita tidak melakukan apa-apa kesalahan. Rasa sayang pada semua orang. Jika tak mampu atau ada yang tak kena di mata kita, doakan saja;
“Ya Allah, dia lebih baik daripada saya. Ubahlah apa yang buruk kepada yang baik”.

11. Banyakkan Senyum dan Sedekah

Senyum itu sebenarnya sudah sebahagian daripada sedekah. Senyum juga menarik orang di sekeliling untuk sukakan kita. Senyumlah kepada semua orang, tak kiralah siapa pun. Tapi jangan senyum-senyum ada makna pula ya. Pandangan tetap perlu dijaga.
Sedekah berupa wang, harta atau apa sahaja bantuan juga perlu diamalkan. Jangan kedekut untuk tolong orang, terutamanya keluarga kita sendiri. Orang yang suka bersedekah pasti akan mendapat ganjarannya. Hatinya tenang tanpa resah, malah rezekinya pasti berlipat kali ganda. Jodoh itu juga sebahagian daripada rezeki. Bersedekahlah!

12. Yakin

Soal jodoh, ajal, maut semuanya sudah ditentukan Allah. Mengapa perlu kita risau akan sesuatu yang telah ditetapkan Allah? Sebab itulah pentingnya untuk kita yakin dan percaya setiap perkara yang berlaku adalah dalam perancangan Allah. Allah kan sebaik-baik perancang.
Yakinlah semua perkara yang terjadi adalah kerana Allah sayang. Allah Maha Pemurah, Maha Penyayang. Dia pasti berikan yang terbaik untuk kita. Siapa jodoh kita, bila datangnya jodoh kita dan sebagainya usahlah dirisaukan.

13. Menjauhi Perkara Haram dan Maksiat

Kita tidak bahagia saat kita berbuat dosa. Dosa kita itulah sebenarnya yang membuatkan kita jauh daripada Allah. Sebenarnya hidup kita akan bahagia saat kita sentiasa ingat akan Allah. Tidak semestinya saat kita sudah ada pasangan, barulah kita bahagia.
Islam itu mudah kepada orang yang hatinya kenal Allah. Hidup ini juga akan mudah saat kita kenal Allah. Bahkan perkahwinan juga akan mudah bila kita kenal Allah. Itulah kuasa Allah. Subhanallah.

Wednesday, 18 May 2016

DECISION MAKING..


Kali nie nak share cerita pasal Desicion Making... ehh.. omputihh pulak.. hehe
dalam bahasa Melayu adalah membuat Keputusan. Tipu lar kan manusia mana yang tak ada masalah & tak ada yang membuat keputusan dalam hidup mereka semua kan.??

Macam aku lar kan.. Sebelum nak future study dekat UkM nie kan.. Seriouss pening nak buat keputusan.. Makan hari jugak nak memikiorrr nyaa.. Bukan apa.. Bila nak study nie an.. mcm2 kena get ready & Mental jgn cakap lar.. Kena Kental bebb.. Kalau korang rasa study nie nak ada degree jeaa tapi xnak usaha susah bebb.. Aku mula-mula bukan apa tau.. Niat nak ambik degree nie dah lama start lepas grad Diploma dulu.. tapi pikir sebab nak kerja n cari pengalaman an.. So hold on dulu dengan study.. bila aku pikir-pikir balik.. baik aku study juga sebelum khawin.. at least, aku tak membazirkan waktu weekends aku mcm tu jeaa.. Yorlah.. masa semakin lama semakin pantas.. Masa tak bole nak tunggu kita weyhh.. so aku ambik jugak keputusan utk study.. Tapii.... 
Ada yang bantah... tu aku malas kalau nak cter gn mmber nie weyhh.. ada yang faham dia akan sokong.. kalau yang takkkk tuu.. memang menyakitkan hati aku bebb..

Adakah patut..!!! dia boleh ckp .. Aku mmg tak setuju kalau mmber-mmber nak study nie.. aku akan halang dorang macam mana sekali pun... Weyhhh... aku tak mintakk duit korang pun nak bayar duit pengajian aku.. bengang gila akuu,,, Hmmmm... Kau boleh debat gn aku pasal nak study nie.. mmg kau kalah lar.. hahaha..  Aku tetap dengan Pendirian aku & Masa depan aku.. Sampai sekarang aku dah start kelas mmg aku malas nak ckp yg aku da start study balikk.. benda tu senyap mcm tu jeaa.. 
Lantakkk piii lar oooiii... hahaha.. Normal lar kalau orang ckp dengan korang .. " BUAT APA NAK BELAJAR TINGGI-TINGGI NIE ... KAU BELAJAR TINGGI MANA PUN PEMPUAN TETAP DUK CERUK DAPURR TUUU... " hanginnn jeaa aku dengar... Mentaliti rendah jeaa pikir gituu..




Mehhh.. nak explain sikit .. pakat ramai-ramai ambik tau naa.. Buat keputusan nie tak semudah yang kita bayangkan. Namun kita tetap harus ambil walaupun keputusan yang berada di tangan kita nie bermanfaat atau tak bagi orang lain. Lepas tuuu.. Bila kita buat pilihan yang rasa nya tepat sangat tu kadang-kadang perlu bertanya pendapat orang lain juga kan..?? So make it simple.. 

Nahh... nak bagi sikit Tips yang tak seberapa nie lar kan..hihi

TIPS MENGAMBIL KEPUTUSAN :-

bukan utk org lain pun.. hehe

First.. Korang Semua Kena lar jangan nak Overthinking sangat lar kan. kalau korang semua terlalu memikir ada kemungkinan benda tu akan mengecewakan diri sendiri.

Second.. Setelah korang dah membuat keputusan nya tuu.. akan ada pikiran untuk merubah plan yang telah anda tetapkan. Jangan takut dengan keputusan diri sendiri.. tetapkan pada keputusan yang awal, dan siap menerima keputusan lain jika lebih berpeluang.

Third.. Setelah korang buat keputusan, laksanakannya dengan sepenuah hati yang mungkin yaa tanpa ada penyesalan di kemudian hari..

Fourth.. Korangg.. jangan tersalah nak buat keputusan nanti padah diri sendiri.. Buang segala keputusan yang tak penting untuk masa depan andaa.. 



Memikirkan Keputusan mana yang terbaik..
















Monday, 16 May 2016

Negotiation...


PERUNDINGAN...

Apakah itu Perundingan??? 

Membawa Erti sebagai satu proses untuk menyelesaikan satu perbezaan melalui pertukaran pendapat yang boleh diterima bersama. Ini disebabkan wujud nya satu konflik, masalah atau perbezaan pendapat, kepentingan & kehendak antara dua belah pihak. Ia merujuk kepada sesebuah organisasi yang tiada kata sepakat dan persetujuan bersama. Perundingan dilakukan apabila kedua-dua belah pihak percaya ianya dapat menghasilkan sesuatu penyelesaian yang terbaik. 



Peranan Komunikasi Dalam Perundingan

Perundingan dalam komunikasi adalah penting khususnya dalam soal penjualan. Komunikasi membolehkan kedua-dua belah pihak bertukar maklumat berkaitan harga barang bagi membolehkan kehendak masing-masing dalam soal tawar-menawar. Pembeli saling mempengaruhi penjual dari segi penyampaian cita rasa mereka. Selalu terjadinya apabila seseorang pelanggan ingin membeli barang secara Borong, mereka akan membuat sesi tawar-menawar bagi mendapatkan sesuatu barang yang mereka inginkan. Sesetengah Peniaga akan meletakkan harga murah jika pembeli ingin membeli secara borong, dan secara tidak langsung berlaku lar keuntungan bagi pembeli di situ.. 



Sesi Tawar-Menawar... 

Setuju Atau Tidak..???

Pada peringkat ini terdapat dua situasi iaitu kedua-dua pihak bersetuju atau tidak setuju.Sekiranya  berlaku  persetujuan terhadap apa yang dibincangkan, dan wujudlah satu kestabilan dan proses seterusnya ialah mendapatkan kepastian tentang harga sesuatu barang tersebut. Walaupun  begitu,  sekiranya  masih  ada  perkara-perkara
sampingan yang ingin dibincangkan dalam proses perundingan ini boleh diteruskan lagi.Sebaliknya,sekiranya tiada persetujuan dan kedua-dua pihak terus berkeras dan bertahan dengan pendirian mereka, kemungkinan besar perbincangan itu menghadapai jalan buntu dan mungkin ada antaranya yang keluar dari kedai tersebut untuk membuat perbandingan harga dengan kedai lain.


Friday, 13 May 2016

HOlidaY



Assalammualaikum...

 Kali nie saja nak story dengan hampaa semua pasal weeding.. hehe

That was accited bila bakal kakak ipar nak khawin pada hari pekerja yg lepas iaitu 01 Mei 2016.. Pada mula nya kami tak sangka pun dia akan khawin tahun nie . yorlah sebab baru sangat an.. xpe lar.. tu nama nya JODOH.. Alhamdulilah.. kami happy sangat.. Hope your relationship untill jannah. 

Nak dijadikan cerita.. aku dgn bakal kakak ipar nie satu office. tapi bila dah khawin nanti dia terpaksa lar follow suami dia.. so dia kena pindah ke Rembau, Negeri Sembilan. Jadi nya degan office sekali dia mintak transfer ke sana .. Nasib ada kosong.. Tapi aku lar rasa sedih bila kakak tu da  tak sama opis dah .. hmmmm... sobbb..sobbb .. Bukan apa.. kami nie da lar rasa macam rapat sangat tau.. 
Ya Allah tak pernah terpikir pun kami boleh serapat sangat.. Yorlah.. bak kata orang.. Nak adik nyaa kena pikat hati orang tua & adik beradik nya sekali kan.. Alhamdulilah tak sangka yang aku boleh masuk dengan family tunang aku.. Aminnn.. Syukur sangat .. tak pe tunggu aku khawin dgn adik dia bole lar jumpa jugak even bukan setiap hari kann.. hehe

saja nak selit gambar tu kat sini.. hehe
(DAYANG-DAYANG)

Aku kalau kat office rapat jugak dengan Ika & Syaima selain kakak ipar aku nie.. kira kita orang nie satu geng lar.. Mula rapat dgn dorang tu masa 1st day masuk Kerja dekat Wangsa Maju nie.. Kami semua apply Penolong Eksekutif (Pentadbiran) Tapiiiii.. Macam mana entah boleh dapat jadi PA.. Paling lar aku tak suka nak jaga boss2 nie weyhhh.. Tu lar.. Selalu apa yang kita nak memang tak dapat.. Kalau dapat tu kira nasib jeaa lar kan.. So dari situ kami terlalu rapat.. Kami nie jugak lar yang jadi Briedmaids masa kak dayah khawin tu.. kalau ikotkan dia nak aku jadi pengapit.. tapi tak mauu lar.. segan.. hehe.. Kami sampai kat rumah bakal mak mertua aku tu sebelum majlis nikah kak dayah.. Alahamdulilah sempat.. Sempat lar juga kami tolong-tolong apa yang patut sebelum majlis..

Majlis Akad nikah berlangsung pada sabtu malam .. Alhamdulilah dengan sekali lafaz kak dayah sah menjadi isteri kepada En.Rizal.. Mungkin setiap tempat lain cara dan lain adat kan masa nak akad nikah tu.. Maklum lar aku nie biasa tengok sedara-mara aku jea kat johor.. So tak tahu lar kalau adat perak nie macam mana kan.. Punya lar Tok Kadi tu nak test abg Rizal byk kali.. Nebesss dibuat nya weyhhh... hahahaa



Keesokan hari nya, dah mula sedara mara kak dayah datang.. so sebelum majlis Pagi tu ada buat Marhaban dari penduduk kampung tu.. MARHABAN bermaksud 'Selamat Datang' iaitu nyayian lagu puji-pujian (yang dinyayikan pada setiap perayaan Maulid Nabi Muhammad saw;  

Lepas jea Majlis petang tu kami apa lagi.. Follow lar Pengantin pergi photoshoot dekat 
Maria Island, Lumut Perak.


 Nie antara gambar-gambar yang kami dapat dari pengantin.. 
Fuhh.. Letih + Penat = Seronok .. hahaha 

Opppss... Apakah Yang Sedang mereka lakukan??? hahahahha
DOA UNTUK PENGANTIN BARU
بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِى خَيْرٍ

BAAAROKALLOOHU LAKA WA BAAROKA 'ALAIKA WA JAMA'A BAINAKUMAA FIII KHOIRIN

 Artinya :
Mudah-mudahan Allah memberkahi engkau dalam segala hal (yang baik) dan mempersatukan kamu berdua dalam kebaikan







Friday, 6 May 2016

M.y.S.e.l.F

ASSALAMMUALAIKUM SEMUAAA...

Nama Diberi oleh kedua Ibu bapa Nur Syafiqah Bt. Mohd Rashid. Lahirnya aku di dunia ini pada 02 october 1992 di Hospital Banting Selangor. Kini Berusia 24.. tapi kalau di ikutkan belum cukup umur lagi.. baru 23 tahun.. masa berlalu dengan pantas sekali.. 

Puteri Sulong & Tunggal dalam adik-beradikk.. kira nyaa sorangg nie jaa yg ada.. xsyok sebenarnya.. tapi tak paa.. Alhamdulilah dikurniakan hero-hero dalam adik beradik sy..
kira nyaa ada abang dan adik-adik.. sy anak ke-2 dari 5 beradik yang serba serbi ada perangai yang berlainan. Lumrah kehidupan kalau adik beradik semua nya lelaki mmg xlarr sy pun terikut dengan perangai ganas mereka .. tapii.. still boleh control keayuan sebagai seorang kakak.. hehe.. cehhh... nak bajet ayu kununnn.. hahaha

Luaran org akan nampak sy seorang yang pemalu n pendiam .. tapi.. hakikat nyaa.. Siapa yang kenal baru lar demee tahu aku nie macam mana kann.. Seorang yang banyak cakap, peramah, periang & one more thing dia nie cengengggg.. Sebab nyaa.. bila gelak kuat sangat pun air mata menitikk.. kalau tengah sedih apatah lagi air berjurai-jurai jatuh nyaa.. sampai org yang baru kenal gn aku pun pelik dgn habit aku nie.. Tapii.. nak buat macam mana dah Air mata tak mau berhenti... hmmm.. pelikk..pelikkk.. hahaha

ok. tak mau merapu panjang2 sebab nya baru first time get to know pasal Blog nie.. 
Maluu kot orang weyhhh.. haha.. org lain da lama buat and ada blog sendiri bagai.. aku nie haa..kelauutt.. baru nak belajar.. Kalau Sir tak ajar buat blog sampai kesudah saya tak ada blog. Tq So much Sir Azzwan. Saya belajar slow-slow naa buat blog nie.. hehe

So akhir sekali nak kata Tq kat Sir sebab setiap kata-kata sir tu memberi satu impak kesedaran sikit untuk motivate diri saya sendiri.. I will try my best. to be the best..!! INSHAALLAH...